
Ke Arah Penjagaan Kesihatan Swasta yang Lebih Mampu Milik
Peningkatan kos penjagaan kesihatan dan kos perubatan menjadi kebimbangan utama bagi rakyat Malaysia. Usaha menangani cabaran ini memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan untuk bekerjasama bagi membentuk sistem penjagaan kesihatan swasta yang mampan, telus dan memberikan nilai sebenar. Matlamat terasnya adalah untuk melindungi kesejahteraan rakyat Malaysia dan memperkukuh daya tahan negara.
RESET
RESET ialah pendekatan seluruh negara untuk memajukan pembaharuan bagi menangani punca sebenar inflasi perubatan. RESET mengutamakan penjagaan kesihatan berasaskan nilai, yang memberikan tumpuan pada hasil keseluruhan bagi pesakit, mengoptimumkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menjimatkan kos, dan meningkatkan akses kepada penjagaan berkualiti.
Usaha ini menggembleng peserta dan pihak berkepentingan utama, yang merangkumi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kewangan (MOF), Bank Negara Malaysia (BNM), syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO), hospital dan klinik swasta, doktor, kumpulan pengguna dan pihak berkepentingan lain untuk melaksanakan pelbagai inisiatif yang berpandukan lima teras strategik.
Menyusun semula MHIT (Revamp MHIT)
Pelan MHIT asas ialah pelan insurans dan takaful yang diseragamkan, yang bertujuan untuk menyediakan perlindungan yang mampu milik serta lebih mampan supaya rakyat Malaysia dapat mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta yang diperlukan.
Pelan ini akan dilancarkan pada awal tahun 2027.
Bagi membantu individu merancang perbelanjaan penjagaan kesihatan mereka, alatan baharu sedang diperkenalkan:
- Panduan Mudah MHIT ialah panduan untuk membantu pengguna mengemudi perjalanan membeli produk MHIT dan membuat tuntutan. (Tersedia sekarang)
Dapatkan Panduan di laman sesawang Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) - Kalkulator Persediaan Insurans/Takaful Hospitalisasi dan Pembedahan (HSIT) membantu pengguna membuat anggaran kos penjagaan kesihatan, menilai kemampuan insurans, dan merancang perbelanjaan menggunakan wang sendiri. (Akan datang)
Meningkatkan ketelusan harga (Enhance price transparency)
Inisiatif Pemaparan Harga Ubat diwartakan pada 1 Mei 2025 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga bagi Ubat). Objektif Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan akses rakyat kepada maklumat harga ubat-ubatan supaya rakyat mendapat bekalan ubat yang lebih kompetitif harganya, mengetahui harga yang perlu dibayar dan mampu membuat pilihan. Inisiatif ini mewajibkan semua fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti memaparkan harga ubat secara telus kepada pengguna. Pemaparan harga ubat perlu dibuat dengan menyediakan tag harga pada bungkusan ubat dan rak atau melalui senarai harga ubat.
Infografik
- https://pharmacy.moh.gov.my/ms/maklumat/infografik-inisiatif-pemaparan-harga-ubat-pengguna.html
- https://pharmacy.moh.gov.my/ms/maklumat/infografik-inisiatif-pemaparan-harga-fasiliti-kesihatan-jagaan-swasta-farmasi-komuniti.html
Maklumat lanjut
- Talian Am KKM: 03-8883 3707/3684
Program Perkhidmatan Farmasi: 03-7841 3200 ext: 3620 - Email: chu@moh.gov.my
- Portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KKM: https://moh.spab.gov.my
Industri insurans dan takaful akan menerbitkan julat harga untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta yang lazim di Malaysia. Dengan ketelusan yang lebih meluas, pengguna boleh membandingkan kos dan membuat keputusan yang lebih tepat mengenai pelan penjagaan mereka sebelum rawatan.
Penerbitan julat harga untuk perkhidmatan yang lazim digunakan mempromosikan ketelusan, membantu pesakit mendapatkan kejelasan dan keyakinan dalam menguruskan perbelanjaan penjagaan kesihatan.
Lihat julat harga di
Nota: Julat harga yang diterbitkan diperoleh daripada data tuntutan sebenar yang dihantar oleh penanggung insurans dan pengendali takaful untuk rawatan yang dicari oleh pesakit yang diinsuranskan di kemudahan penjagaan kesihatan swasta. Data ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai penanda aras kos yang pasti, kerana harga sebenar mungkin berbeza berdasarkan faktor seperti keadaan perubatan tertentu pesakit.
Memperkukuh sistem kesihatan digital (Strengthen digital health system)
Meluaskan pilihan yang menjimatkan kos (Expand cost-effective options)
Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, Kerajaan telah memperluaskan inisiatif pelepasan cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk merangkumi hospital swasta, bertujuan untuk meningkatkan aksesibiliti penjagaan kesihatan swasta:
"Bagi menggalakkan hospital swasta membantu pesakit kurang mampu mendapat rawatan kesihatan, hospital swasta dibenar menubuhkan Tabung Kebajikan Hospital yang diuruskan oleh Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ). Pendapatan diterima oleh tabung diberi pengecualian cukai dan pihak yang menyumbang kepada tabung tersebut turut layak mendapat potongan cukai."
Inisiatif cukai ini direka untuk menjadikan penjagaan kesihatan swasta lebih mudah diakses kepada yang memerlukan, merangkumi kos rawatan, ubat-ubatan, peralatan perubatan, serta program – program kebajikan dan saringan kesihatan.
Menambah baik mekanisme pembayaran penyedia (Transform provider payment mechanisms)
Strategi RESET mencerminkan komitmen untuk bertindak balas melalui pendekatan seluruh negara, yang diperlukan untuk menangani pelbagai isu daripada segenap aspek, demi menyampaikan hasil kesihatan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia. Inisiatif di bawah Strategi RESET berfungsi selari dengan pembaharuan lain untuk memperkukuh dan memperbaharui penjagaan kesihatan di Malaysia. Inisiatif ini merangkumi pembaharuan kesihatan yang dibentangkan dalam Kertas Putih Kesihatan Malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS)
Menyedari usaha menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan swasta dan inflasi perubatan memerlukan pendekatan seluruh negara, sebuah jawatankuasa antara agensi telah ditubuhkan untuk memacu inisiatif RESET.
Usaha kolaboratif ini diterajui oleh Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS), yang ditubuhkan pada bulan Jun 2025. JBMKKS dianggotai wakil-wakil daripada MOF, KKM, dan BNM. Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dan Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad.

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Menteri Kewangan II

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Menteri Kewangan II

YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Menteri Kesihatan

YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Menteri Kesihatan
Bagi menyokong mandatnya, JBMKKS dibantu oleh Jawatankuasa Pemandu dan Majlis Perundingan. Jawatankuasa Pemandu dianggotai wakil-wakil daripada MOF, KKM, dan BNM untuk menyelaraskan dasar dan pelaksanaan. Manakala Majlis Perundingan pula menghimpunkan pihak berkepentingan utama, termasuk hospital swasta, ahli perubatan, syarikat insurans dan pengendali takaful, kumpulan pengguna, serta ahli akademik untuk memberikan input teknikal dan maklum balas.
Majlis Perundingan diwakili oleh:
Siaran Akhbar
Tarikh | Tajuk |
|---|---|
22 Januari 2026 | |
25 Jun 2025 |
Kementerian Kewangan | Kementerian Kesihatan Malaysia
© 2026 Kementerian Kewangan. Semua hakcipta terpelihara. Terma Penggunaan. Penafian. Dasar Privasi.


