Tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas individu, syarikat, firma perunding dan pertubuhan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sekiranya melakukan kesalahan.
A. Jenis-jenis kesalahan:
- Melanggar syarat pendaftaran, memalsukan atau meminda maklumat/dokumen, memperdaya untuk taraf Bumiputera, membenarkan sijil akuan pendaftaran digunakan oleh individu/syarikat/firma perunding lain, gagal mematuhi syarat pendaftaran, gagal mengemaskini maklumat syarikat/firma perunding atau tidak memberi kerjasama dalam hal-hal urusan pendaftaran;
- Melanggar syarat tender/ kontrak dengan pemalsuan maklumat/dokumen, menarik diri selepas penutupan tender/sebutharga, menolak tawaran yang telah dikeluarkan oleh Agensi setelah tawaran di buat, berpakat menentukan harga dengan syarikat/firma perunding lain, menyerah hak atau assign kepada syarikat/firma perunding lain, gagal mengekalkan syarat penarafan Bumiputera sepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa, gagal mematuhi obligasi kontrak/pesanan Kerajaan, gagal menepati spesifikasi, gagal menepati Terma Rujukan/skop perunding, kesalahan berkaitan kapasiti firma perunding atau tidak membuat pembaharuan pendaftaran; dan
- Kesalahan jenayah seperti rasuah, penipuan dan pecah amanah atau tanggungan sivil seperti dikenakan perintah Penghutang Penghakiman (Judgement Debtor), bankrupt, perintah Penerimaan (Receivership) atau Pelikuidasi (Liquidation).
B. Jenis-jenis tindakan/hukuman tatatertib yang boleh diambil bagi kesalahan di atas adalah seperti berikut:
- Diberi surat amaran ke atas kesalahan yang telah dilakukan;
- Dibatalkan kod bidang yang telah diluluskan;
- Digantung pendaftaran bagi tempoh maksimum sehingga lima (5) tahun dan dilarang menerima/ menyertai apa-apa tawaran;
- Dibatalkan pendaftaran bagi tempoh maksimum sehingga lima (5) tahun dan dikeluarkan daripada rekod pendaftaran Kementerian Kewangan;
- Disenaraihitamkan nama pemilik modal dan atau ahli Lembaga Pengarah bagi tempoh maksimum sehingga lima (5) tahun; dan
- Pembatalan taraf Bumiputera bagi tempoh maksimum sehingga lima (5) tahun.
C. Maklumat lanjut berkatian tindakan tatatertib boleh dirujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan (PP) / Perolehan Kerajaan (PK) 8 – Ketidakpatuhan Dalam Perolehan Kerajaan
D. Keputusan Jawatankuasa Tindakan Tatatertib (JKTT) ke atas syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan: