Ke arah mewujudkan satu sistem percukaian yang optimum dan berupaya meningkatkan hasil Kerajaan serta mendorong sektor swasta untuk menambah pelaburan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
Misi
Mewujudkan dan melaksanakan dasar percukaian yang efektif, telus, mudah dan saksama ke arah mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Objektif
Memastikan sistem dan dasar percukaian yang saksama dan berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan di samping dapat menjana hasil negara.
Fungsi
Merangka dasar cukai langsung, cukai tidak langsung dan galakan cukai.
Merangka dasar dan mengadakan perjanjian pengelakan cukai dua kali.
Membuat perakuan bagi pengecualian, remitan dan galakan cukai dan agen cukai.