Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK)

Visi

Ke arah memenuhi aspirasi pihak berkepentingan bagi memperkasa Kementerian Kewangan dalam mencapai keberhasilan kewangan dan ekonomi Negara.

Misi

Memacu Kawalan Kewangan dan Tadbir Urus Korporat bagi memenuhi kehendak pihak berkepentingan melalui penyampaian perkhidmatan yang telus, cekap dan berkesan.

Objektif

  1. Memantau pematuhan sistem pengurusan kewangan dari aspek tadbir urus, auditan bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan berkesan.
  2. Mempertingkatkan usaha inovasi dan dasar ICT bagi memastikan kelestarian dan mengikut kehendak pihak-pihak berkepentingan.
  3. Urusan parlimen dan Maklum Balas Mesyuarat Jemaah Menteri.

Fungsi

  1. Merangka, menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Perbendaharaan;
  2. Merangka, menyelaras dan memantau pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) bagi YB MK dan Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Perbendaharaan.
  3. Menyelaras dan memantau pelaksanaan Outcome Based Budgeting (OBB) Kementerian Kewangan;
  4. Menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Risiko Kementerian Kewangan
  5. Menyelaras kajian semula Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan agar lebih relevan;
  6. Memantau dan menyelaras pelaksanaan Audit Dalam di Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri;
  7. Menyelaraskan urusan persidangan di Parlimen dan maklumbalas mesyuarat jemaah menteri berkaitan Kementerian Kewangan;
  8. Merancang dan menguruskan pelaksanaan program-program kualiti dan inovasi di peringkat Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan;
  9. Pengintegrasian Program-Program Kerajaan terutamanya program sosio-ekonomi berteraskan rakyat;
  10. Menyelaras maklumbalas terhadap Laporan Ketua Audit Negara daripada agensi Kerajaan untuk dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri dan Parlimen;
  11. Menyelaras pelan strategik e-payment sektor awam serta menjaga kepentingan wang awam dalam pelaksanaan projek mega ICT yang melibatkan penerimaan hasil Kerajaan.
Logo Accessibility