Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

1 Mac 2024 Sambutan Hari Hasil ke–28: Pendekatan Insani, Mendokong Aspirasi Malaysia Madani

1 Mac 2024 Sambutan Hari Hasil ke–28: Pendekatan Insani, Mendokong Aspirasi Malaysia Madani

CYBERJAYA, 1 Mac (Bernama) – Tarikh 1 Mac merupakan tarikh ulang tahun Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang dinantikan setiap tahun oleh Hasilian sejak diperbadankan pada tahun 1996. Buat julung kalinya, Sambutan Hari HASiL ke-28 Tahun 2024 diraikan selama tiga (3) hari bermula 29 Februari 2024 sehingga 2 Mac 2024 di Perkarangan Menara HASiL Cyberjaya dan turut dimeriahkan dengan penglibatan masyarakat setempat selari dengan pendekatan Malaysia Madani, mensejahterakan rakyat dan mengupaya komuniti.

Majlis perasmian sambutan Hari HASiL ke-28 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan di Dewan Bangsawan, Menara HASiL Cyberjaya. Acara gemilang ini turut disiarkan secara langsung menerusi platform youtube HASiL_Malaysia untuk tontonan HASiLian seluruh Malaysia dan umum. Turut hadir, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan, Menteri Kewangan II, YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Datuk Johan bin Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HASiL serta Pengurusan Kanan HASiL.

Untuk teks penuh, klik di sini.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility