Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Bajet 2022: RM2.5 bilion bagi program pembangunan komoditi

Bajet 2022: RM2.5 bilion bagi program pembangunan komoditi

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Usaha memperkasa pembangunan masyarakat luar bandar menerusi program pembangunan komoditi terus menjadi antara fokus Bajet 2022 kali ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bagi tujuan itu, peruntukan RM2.5 bilion disalurkan dengan RM1.3 bilion daripadanya diberikan kepada Felda melibatkan pakej pemulihan dan pembangunan peneroka.

“Selain itu, RM495 juta diberikan untuk peserta Felcra dan RM699 juta untuk kemajuan pekebun kecil bagi perusahaan getah di bawah Risda.

“Kerajaan akan melaksanakan Program Transformasi Perusahaan Getah Negara bertujuan menyatukan pekebun kecil, usahawan getah dan koperasi kecil dalam satu konsortium yang lebih besar agar mampu memproses getah sekerap ke bentuk getah krip,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan akan memperkenal dan memperluas penggunaan teknologi RRIM Hydrobest kepada pekebun kecil melalui geran padanan bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi pekebun kecil kategroi B40.

Katanya kerajaan juga bersetuju meneruskan Bantuan Musim Tengkujuh bagi meringankan beban sara hidup 320,000 pekebun kecil yang kehilangan pendapatan semasa musim tengkujuh dengan peruntukan berjumlah RM190 juta.

Menurutnya peruntukan sebanyak RM5 juta juga disalurkan menerusi belanjawan tahun depan bagi perlindungan takaful kepada semua ahli peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh negara di bawah Skim Perlindungan Takaful Smart Card Peladangan.

“Bagi menyokong industri kelapa sawit, kerajaan memperuntukkan RM35 juta bagi melaksanakan Skim Rangsangan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil dan RM20 juta untuk usaha menangani kempen antiminyak kelapa sawit di peringkat antarabangsa,” katanya.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility