Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Bernama - Belanjawan 2021 Diagihkan Secara Adil Kepada Rakyat - Abang Johari

Bernama - Belanjawan 2021 Diagihkan Secara Adil Kepada Rakyat - Abang Johari

 

KUALA LUMPUR, 6 Nov - Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini, diagihkan secara adil kepada rakyat, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata belanjawan itu dapat membantu rakyat dalam menghadapi bencana COVID-19, selain ia banyak memberi insentif terhadap mereka yang terjejas oleh wabak itu.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kerana peruntukan yang diberikan kepada Sarawak iaitu peruntukan infrastruktur yang berjumlah RM4.5 bilion, serta memberi balik peruntukan untuk menyukat Hak Tanah Adat Bumiputra (NCR),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang di sini malam ini.

Belanjawan 2021 turut memperuntukkan sebanyak RM41 juta bagi program ‘Hak Adat Bumiputera’ di Sabah dan Sarawak.

“Setidak-tidaknya ia dapat membantu Sarawak dalam menghadapi cabaran yang agak sukar, disebalik penularan wabak itu,” katanya.

-- BERNAMA

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility