Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Bernama - Belanjawan 2021: Pemberian One-Off RM500 Kepada 100,000 Petugas Kesihatan

Bernama - Belanjawan 2021: Pemberian One-Off RM500 Kepada 100,000 Petugas Kesihatan

 

KUALA LUMPUR, 6 Nov - Kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 yang akan memanfaatkan 100,000 petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menghargai jasa mereka di bawah Belanjawan 2021.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pemberian itu adalah tambahan kepada Elaun Khas COVID-19 sebanyak RM600 sebulan kepada petugas barisan hadapan KKM yang diberikan sejak Mac lepas dan akan diteruskan sehingga ancaman pandemik itu berjaya diatasi.

“Kerajaan menghargai pengorbanan dan keringat petugas barisan hadapan dalam mengendalikan wabak COVID-19 ini,” kata Tengku Zafrul ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagi menambah baik sistem sokongan untuk petugas barisan hadapan yang menghadapi kekangan mendapatkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, beliau berkata RM30 juta diperuntukkan untuk menyediakan taska di bangunan-bangunan kerajaan terutamanya hospital.

“Bagi sektor swasta pula, geran padanan sehingga RM20 juta akan disediakan untuk menggalakkan sektor swasta menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di premis mereka,” kata Tengku Zafrul.

-- BERNAMA

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility