Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Bernama - Defisit Fiskal Disasar Bawah 4 Peratus Dalam Tempoh 3-4 Tahun

Bernama - Defisit Fiskal Disasar Bawah 4 Peratus Dalam Tempoh 3-4 Tahun

 

KUALA LUMPUR, 6 Nov - Kerajaan menyasarkan defisit fiskal berada di bawah empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang melalui agenda reformasi fiskal, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sasaran ini akan dicapai melalui penambahbaikan sistem kutipan hasil semasa serta meluaskan asas hasil kerajaan, katanya dalam prakata Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2021.

“Dalam masa yang sama, kerajaan telah mencapai kemajuan dalam usaha rasionalisasi untuk meningkatkan kecekapan operasi dan menambah baik pengurusan kos.

“Akta Tanggungjawab Fiskal sedang digubal untuk meningkatkan disiplin dan tadbir urus pengurusan fiskal dalam memastikan kewangan awam yang mantap dan mampan,” katanya.

Memandangkan kesan pandemik ini dijangka berlanjutan sehingga 2021, Tengku Zafrul berkata defisit fiskal disasarkan untuk berkurang kepada 5.4 peratus daripada KDNK.

“Kerajaan akan meneruskan konsolidasi fiskal setelah ekonomi pulih daripada krisis COVID-19. Kekuatan asas dan daya tahan ekonomi kita telah diuji pada 2020,” katanya. 

Bagaimanapun, tempoh getir ini memberi peluang untuk melaksanakan ‘rebalancing act’ dengan melakukan yang terbaik dengan sumber sedia ada dan juga memastikan pertumbuhan mampan pada masa hadapan, kata Tengku Zafrul.

-- BERNAMA

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility