Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Bernama - Kerajaan Teruskan Program Pemilikan MSPO Dengan Peruntukan RM20 Juta

Bernama - Kerajaan Teruskan Program Pemilikan MSPO Dengan Peruntukan RM20 Juta

 

KUALA LUMPUR, 6 Nov - Program Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) akan diteruskan kerajaan dengan peruntukan RM20 juta bagi merancakkan pertumbuhan dan meningkatkan daya saing industri sawit negara.

Semasa membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata geran padanan bernilai RM30 juta untuk menggalakkan pelaburan dalam mekanisasi dan automasi juga akan diperkenalkan.

“Sektor komoditi merupakan sektor utama yang menyediakan input kepada pelbagai produk hiliran bernilai tambah tinggi dan menjana pendapatan eksport negara.

“Sebagai usaha memperkukuh kelangsungan pelbagai sektor komoditi, bagi tahun hadapan, langkah-langkah tersebut akan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata selain itu, kerajaan bercadang menyediakan dana pusingan berjumlah RM500 juta menerusi Belanjawan 2021 untuk program Pinjaman Pembangunan Ladang Hutan di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Dana pinjaman tersebut khusus untuk pembangunan ladang hutan yang berkeluasan empat hektar dan ke atas, katanya.

Tengku Zafrul berkata insentif pengeluaran lateks sebanyak RM16 juta secara padanan juga dicadangkan untuk dilaksanakan bertujuan menggalakkan pengeluaran lateks, yang memerlukan waktu kerja lebih panjang berbanding pengeluaran sekerap, dengan dimulakan di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Beliau berkata langkah lain di bawah Belanjawan 2021 bagi pembangunan sektor komoditi adalah membuka kawasan perindustrian perabot di Pagoh untuk merancakkan industri perkayuan dan menambah peluang pekerjaan.

-- BERNAMA

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility