Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Pejabat WBG Di Malaysia Sebagai Hab Himpun Pakar Ekonomi, Kewangan Tempatan

Pejabat WBG Di Malaysia Sebagai Hab Himpun Pakar Ekonomi, Kewangan Tempatan

KUALA LUMPUR, 30 Nov  Pejabat Kumpulan Bank Dunia (WBG) di Malaysia akan berfungsi sebagai hab yang akan menghimpunkan pakar-pakar ekonomi dan kewangan tempatan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata selain itu ia membolehkan WBG untuk menjalankan penyelidikan pembangunan bagi penambahbaikan petunjuk global termasuk berkaitan ‘World Bank Doing Business Survey’ dan menyediakan bantuan teknikal dalam bidang terpilih bagi negara pendapatan rendah dan sederhana.

“Pejabat ini akan memperkukuh hubungan kerjasama sedia ada Malaysia dan WBG dalam pelbagai bidang untuk Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

“Selain itu, pejabat ini akan memperkukuh komitmen negara serta inisiatif Kerjasama Selatan-selatan serta perkongsian pengetahuan dan pengalaman,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai faedah dan peranan pejabat WBG di ibu negara.

Tengku Zafrul berkata program kerja WBG akan tertumpu kepada bidang utama ekonomi, dengan Malaysia mempunyai pengalaman dan kepakaran luas di samping dapat berkongsi bersama negara membangun di rantau Asia.

Beliau berkata Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 29 Okt, 2012 telah mencadangkan pembukaan pejabat WBG di Malaysia.

“Mesyuarat berkenaan telah memutuskan supaya Kementerian Kewangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) menerajui inisiatif ini,” katanya.

Susulan daripada keputusan ini, Kementerian Kewangan telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan rundingan bersama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Peguam Negara, BNM dan agensi berkaitan bersama wakil WBG, bagi membincangkan butiran terperinci mengenai penubuhan pejabat tersebut, katanya.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility