Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Bernama - Tawaran Kadar Cukai Istimewa Kepada Pengilang Terpilih Pindah Lokasi Ke Malaysia Dilanjutkan

Bernama - Tawaran Kadar Cukai Istimewa Kepada Pengilang Terpilih Pindah Lokasi Ke Malaysia Dilanjutkan

 

KUALA LUMPUR, 6 Nov - Insentif penawaran kadar cukai istimewa kepada pengilang terpilih yang memindahkan lokasi perniagaan ke Malaysia dan membuat pelaburan baharu akan dilanjutkan selama satu tahun lagi sehingga 31 Disember 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata skop galakan cukai yang dibuat melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) itu turut diperluas kepada syarikat dalam sektor perkhidmatan terpilih yang memberi kesan pengganda signifikan dengan pemberian kadar cukai pendapatan kosong sehingga 10 peratus untuk tempoh 10 tahun. 

Pada masa yang sama, katanya satu kajian menyeluruh ke atas struktur galakan cukai sedia ada sedang dilaksana bagi menyediakan rangka kerja galakan percukaian kompetitif, telus dan lebih menarik.

“Bagi memberi ruang kepada kajian tersebut, galakan cukai sedia ada yang akan tamat pada tahun ini akan dilanjutkan sehingga 2022,” kata beliau ketika membentangkan belanjawan dengan tema ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata lanjutan tempoh itu merangkumi galakan cukai untuk aktiviti pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi aeroangkasa, pembinaan dan pembaikan kapal, status Bionexus dan galakan cukai bagi koridor pembangunan ekonomi.

-- BERNAMA

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility