Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Harga Petrol, Diesel kekal hingga 25 Okt

Harga Petrol, Diesel kekal hingga 25 Okt

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Okt.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu berdasarkan kepada harga mingguan produk petrolium mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak mentah global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF kerajaan akan terus memantau trend harga minyak dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteran rakyat terpelihara.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility