Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Harga Petrol, Diesel kekal hingga 5 Jun

Harga Petrol, Diesel kekal hingga 5 Jun

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) –  Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 30 Mei hingga 5 Jun ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan kepada harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak sebenar di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu melebih paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
 
Menurut MOF  kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuai bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility