KUALA LUMPUR, 29 Okt – Berikut ialah inti pati ekonomi Bajet 2022 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen hari ini.
Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM332.1 bilion untuk Bajet 2022, nilai tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini
Hasil kerajaan dijangka meningkat kepada RM234 bilion pada 2022
Sebanyak RM233.5 bilion diperuntukkan bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19
RM2 bilion disediakan sebagai simpanan luar jangka
Defisit fiskal 2022 diunjurkan berkurangan kepada 6.0 peratus daripada KDNK berbanding 6.5 peratus pada 2021
Kerajaan bercadang memberi pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.
Tempoh pengurangan cukai caruman minimum KSWP akan dilanjutkan kepada sembilan peratus daripada 11 peratus sehingga Jun 2022 yang mellibatkan anggaran nilai RM2 bilion.
Pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus akan dilanjutkan ke atas kenderaan penumpang CKD dan 50 peratus ke atas CBU termasuk MPV dan SUV selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022.
Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani membeli rumah
Pakej pembiayaan bernilai RM40 bilion disediakan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia
Pembiayaan kredit mikro bernilai RM1.8 bilion disediakan
Pinjaman sehingga RM10,000 pada kadar faedah sifar peratus berserta 12 bulan moratorium ditawarkan dibawah Skim Pembiayaan Informal dan Mikro
BSN dan Agrobank akan menawarkan pinjaman mikro sehingga RM75,000 pada kadar sifar peratus dengan kemudahan moratorium sehingga enam bulan
Kerajaan akan meneruskan Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) dengan peruntukan RM10 juta bagi memulihkan aktiviti koperasi yang terjejas.
Dana RM30 juta akan disediakan untuk Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi
Kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi menyokong perluasan program I-TEKAD
Sejumlah RM80 juta diperuntukkan secara geran padanan untuk Malaysia Coinvestment Fund dan tambahan RM100 juta kepada pelaburan oleh BPMB, bagi terus menyokong pembiayaan alternatif
Kaedah pendanaan bernilai RM2.1 bilion melalui pelaburan ekuiti dan kuasi-ekuiti akan diperkenalkan bagi membantu syarikat yang berdepan masalah menguruskan hutang atau leveraj
BPMB akan menawarkan Skim RESET dan BNM akan menyediakan Dana Permodalan Semula Perniagaan bernilai RM1 bilion
Sejumlah RM14.2 bilion dana keseluruhan tersedia untuk PKS
Dana khas BNM terutamanya Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar ditingkatkan sebanyak RM2 bilion
Syarikat berdaya maju tersenarai di Bursa Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 akan mendapat suntikan dana tambahan melalui sebuah syarikat tujuan khas milik kerajaan dalam bentuk instrumen ekuiti atau instrumen lain yang berkaitan
Khazanah Nasional akan diberi mandat membantu kerajaan menyediakan infrastruktur untuk mentadbir dana bersaiz sekurang-kurangnya RM3 bilion
Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan akan ditambah baik dengan menyediakan jaminan untuk pembiayaan yang dijadual dan distrukturkan semula dengan tambahan had jaminan sebanyak RM10 bilion
Kerajaan bercadang melanjutkan potongan cukai ke atas kos pengubahsuaian dan pembaharuan premis sehingga RM300,000 sehingga 31 Dis, 2022
Potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 bagi syarikat yang berdaftar di bawah Safe@Work ke atas perbelanjaan sewaan premis penginapan pekerja dilanjutkan untuk satu tahun lagi
'Business Travellers Center' akan disediakan di Johor untuk Pelawat Perniagaan Jangka Pendek dari Singapura dengan kos RM10 juta
Penangguhan bayaran ansuran cukai pendapatan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022
Semua perniagaan dibenarkan membuat pindaan anggaran cukai pendapatan yang kena dibayar dalam bulan ke-11 sebelum 31 Okt, 2022
RM25 juta diperuntukkan untuk meneroka pelaburan berimpak tinggi dan pasaran eksport melalui Misi Perdagangan dan Pelaburan
Dana khas pelaburan strategik sehingga RM2 bilion disediakan bagi menarik pelaburan asing strategik dalam kalangan syarikat multinasional
Sejumlah RM80 juta akan disediakan melalui MITI bagi melatih 20,000 pekerja yang menyokong kluster industri seperti MRO di Subang, elektrik dan elektronik di Kulim, dan kimia di Gebeng
RM50 juta disediakan melalui pusat pembangunan kemahiran negeri bagi meningkatkan kemahiran TVET
Geran padanan bernilai RM100 juta disediakan untuk syarikat PKS bumiputera meneroka peluang perniagaan dalam bidang aeroangkasa
RM25 juta diperuntukkan kepada Halal Development Corporation bagi melahirkan lebih ramai PMKS Halal
RM30 juta akan disediakan bagi melaksanakan Hab Inovasi: Revolusi Industri Keempat
RM20 juta diperuntuk kepada Cradle Fund untuk mempergiat usaha memulih dan membina daya tahan ekonomi startup
RM45 juta diperuntukkan sebagai galakan transformasi teknologi ke arah Revolusi Industri Keempat
Dana kolektif bernilai RM500 juta diperuntuk menerusi inisiatif Jalinan GLC: Memperkasa PMKS bagi membantu usahawan melalui khidmat nasihat dan sokongan kewangan
Sekurang-kurangnya RM30 bilion akan diperuntukkan untuk perbelanjaan modal dan pelaburan tahun hadapan
Kerajaan akan menerbitkan Sukuk Kelestarian dalam ringgit sehingga RM10 bilion untuk disalurkan kepada projek sosial atau mesra alam yang layak
Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur negara bernilai RM3.5 bilion antaranya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dan Central Spine Road
Dana permulaan RM200 juta diperuntukkan menerusi pewujudan Dana Mudah Cara Infrastruktur Ketiga bagi merancakkan lagi aktiviti pembangunan infrastruktur berimpak tinggi secara kerjasama awam swasta
Kerajaan berhasrat memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal bagi meningkatkan tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan fiskal negara
Kerajaan sedang melaksanakan ‘Public Expenditure Review’ dengan kerjasama Bank Dunia bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan awam tanpa menjejaskan sistem penyampaian awam
Kadar duti setem kontrak dinaikkan kepada 0.15 peratus dan had duti setem RM200 setiap nota kontrak dimansuhkan, manakala aktiviti pembrokeran dagangan saham tersenarai tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan
Cukai pendapatan dikenakan kepada pemastautin di Malaysia ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara dan diterima di Malaysia mulai 1 Jan, 2022 Cukai jualan dikenakan ke atas barang bernilai rendah dari luar negara yang dijual oleh peniaga dalam talian dan dihantar kepada pengguna di Malaysia melalui perkhidmatan kurier udara Kerajaan bercadang memperkenalkan cukai khas secara one-off, iaitu ‘cukai makmur’ kepada syarikat yang menjana pendapatan tinggi Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas platform e-dagang kecuali penghantaran makanan dan minuman serta logistik Penggunaan nombor pengenalan cukai akan dilaksanakan mulai 2022 bagi meluaskan asas cukai pendapatan