KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) – Berikut ialah inti pati Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen, hari ini.
Belanjawan 2024 bertemakan ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat', adalah belanjawan kedua yang dibentangkan oleh Anwar sejak menjadi Perdana Menteri pada 24 Nov 2022.
Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi tahun 2023 diunjurkan semula kepada 4.0 peratus
Bagi 2023, anggaran hasil yang disemak semula ialah RM303.2 billion berbanding RM291.5 bilion
Kerajaan yakin capai pertumbuhan hampir 5.0 peratus dengan pelaksanaan pembaharuan Ekonomi Madani
Defisit fiskal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3 peratus berbanding 5.0 peratus sasaran pada tahun ini dan 5.6 peratus pada 2022
Sejumlah RM303.8 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus, RM90 billion bagi belanja pembangunan dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka
Penambahan siling sebanyak RM15 bilion bagi RMKe-12 menjadikan jumlah keseluruhan bagi tempoh lima tahun sebanyak RM415 bilion
Beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan untuk meluaskan asas hasil negara pada tahun depan
Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada 8.0 peratus berbanding 6.0 peratus sekarang
Kerajaan akan menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024
Kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal yang mengembang, pada masa sama bertanggungjawab mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat
Malaysia akan mencapai defisit fiskal 3.0 peratus atau lebih rendah berbanding KDNK seperti mana penanda aras ditetapkan dalam Kerangka Ekonomi Madani
Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Tinggi pada kadar 5.0 peratus hingga 10.0 peratus ke atas barang bernilai tinggi
Kerajaan dijangka melaksanakan cukai minimum global pada tahun 2025 dan hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya 750 juta Euro
Kerajaan bersetuju untuk menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos, 2024
Hasil penjimatan subsidi sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion
Kerajaan sasar kedudukan 20 teratas bagi Ekosistem Syarikat Pemula Global menjelang 2030, selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab industri digital dan syarikat pemula bagi rantau Asia Tenggara
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM28 juta bagi membangunkan platform MYStartup
Kerajaan akan membuka kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, Perak Utara bagi membina ekosistem lebih luas untuk kluster elektrik dan elektronik (E&E) di wilayah utara
MITI dan MIDA bertangggungjawab memudahkan urusan pelaburan FDI dan DDI bermula daripada permohonan sehingga pelaburan direalisasikan
GLC dan GLIC menyediakan dana sehingga RM1.5 bilion untuk menggalakkan syarikat pemula termasuk usahawan PKS bumiputera menceburi bidang HGHV
Kerajaan memperuntukkan RM100 juta kepada MyCIF bagi tempoh tiga tahun
Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF2023) akan dianjurkan pada Disember 2023 sebagai usaha mempelopori peralihan kepada sistem kewangan Islam yang lebih syumul (menyeluruh dan sempurna)
GLC dan GLIC menyediakan dana sehingga RM1.5 bilion untuk menggalakkan syarikat pemula termasuk usahawan PKS bumiputera menceburi bidang HGHV
BNM, institusi kewangan Islam sedang memajukan program rintis pelaburan berimpak melalui Akaun Pelaburan (IA) yang lebih meluas
Kerajaan menyediakan sebanyak RM20 juta bagi merancakkan kajian serta kreativiti dan inovasi ekonomi Islam
Malaysia kekal pada kedudukan pertama dalam keseluruhan Indikator Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) global untuk 10 tahun berturut-turut
Kerajaan cadang pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada Jualan dan Belian Sekuriti Islam (ISSB) mulai tahun taksiran 2024
Kerajan menyediakan dana pembiayaan sebanyak RM100 juta bagi gerakan koperasi melalui Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Kerajaan cadang pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya selama lima tahun kepada entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perdagangan berkaitan kewangan Islam bagi menyokong pembangunan IBFC
Kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan Halal daripada 51 hari kepada 30 hari
Sembilan institusi kewangan tawar program khusus untuk PKS Halal selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030
Kerajaan memperuntukkan dana tambahan i-TEKAD sehingga RM25 juta secara geran padanan dengan institusi kewangan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan
Kerajaan menyediakan peruntukan sehingga 10 peratus daripada jumlah NIMP 2030 sebagai pemangkin, dana permulaan bagi 2024 sebanyak RM200 juta
NIMP sasar jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM95 bilion, disamping 3.3 juta peluang pekerjaan dengan gaji penengah sehingga RM4,510 sebulan menjelang 2030
Institusi kewangan pembangunan akan distruktur semula melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank dan Exim Bank Kerajaan berhasrat merasionalisasi subsidi secara berfasa
Pendekatan subsidi bersasar telah menjimatkan lebih RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik sebanyak RM20 bilion
BNM dan sektor kewangan sedang membangunkan Portal Fraud Kebangsaan yang dijangka siap menjelang pertengahan 2024
Kerajaan akan memperkukuh persekitaran modal teroka melalui pemusatan agensi modal seperti Penjana Kapital dan MAVCAP di bawah Khazanah Nasional Bhd
Kerajaan cadang PIPC dijadikan hab pembangunan sektor kimia, petrokimia dengan pemberian pakej galakan cukai dalam bentuk kadar cukai khas, elaun cukai pelaburan
Nilai keseluruhan pinjaman, jaminan pembiayaan yang tersedia untuk manfaat usahawan PMKS berjumlah sehingga RM44 bilion pada tahun depan
Kerajaan menyediakan kemudahan pinjaman kecil dengan dana keseluruhan sebanyak RM2.4 bilion di bawah BNM, BSN, TEKUN
Kerajaan saran majikan swasta kaji kesesuaian saraan, ganjaran kepada pekerja, mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa
Kerajaan akan menambah Skim Jaminan Kredit Perumahan sehingga RM10 bilion untuk SJKP bagi memanfaatkan 40,000 peminjam
Sebanyak RM2.47 bilion disediakan untuk melaksanakan projek perumahan rakyat bagi tahun 2024
Anggaran awal LRT Pulau Pinang ke Seberang Perai berjumlah RM10 bilion
Kerajaan peruntuk RM60 juta bagi CyberSecurity untuk bangun Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G, kepakaran tempatan terhadap teknologi siber
Prasarana Malaysia Bhd setuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan membina tiga depoh bas dengan kos RM600 juta bagi menyokong keperluan projek LRT3
RM2.4 bilion disediakan kepada FELDA, FELCRA dan RISDA untuk merancakkan aktiviti agrikomoditi dan tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil
Kerajaan sedia lanjut tempoh tawaran program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) sehingga 31 Dis 2024 bagi menggalakkan lebih ramai memasang panel di premis kediaman
Sejumlah RM510 juta tersedia sebagai dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi serta Kementerian Pendidikan Tinggi