Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Jangan Sesekali Menipu, Enggan Bayar Cukai Kepada Negara - Anwar

Jangan Sesekali Menipu, Enggan Bayar Cukai Kepada Negara - Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir majlis sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-42 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak sesekali menipu serta enggan membayar cukai kepada negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau sendiri membayar cukai yang dikenakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebanyak RM500 bagi satu tong minyak zaitun yang dihadiahkan seorang rakannya dari negara Arab.

“… sahabat lama saya seorang Arab, tiap-tiap tahun beri saya satu tong minyak zaitun. Saya bawa kepada keluarga dan kawan, (pokok zaitun) yang ditanam di kawasan rumah dia.

Tahun ini, Kastam Klang kenakan cukai RM500 kepada saya. Saya kata saya bukan berniaga tapi saya tidak mahu rayu. Saya nak bagi ini sebagai contoh, kalau Perdana Menteri terpaksa bayar cukai, rakyat lain jangan menipu,” katanya.

Anwar berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-42, di sini hari ini.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility