Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Kementerian Kewangan bentang pindaan RUU Kumpulan Wang Amanah Negara

Kementerian Kewangan bentang pindaan RUU Kumpulan Wang Amanah Negara

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kementerian Kewangan hari ini membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) (Pindaan) 2021 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat di sini.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I Mohd Shahar Abdullah bertujuan untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 (Akta 399).

Pindaan rang undang-undang itu bagi memasukkan bahagian baharu iaitu Seksyen 6 (c).

Ia bertujuan membenarkan dana KWAN digunakan untuk perolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan berhubung vaksin bagi sesuatu wabak apa-apa penyakit berjangkit seperti dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dari segi implikasi kewangan, RUU ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

Menurut Mohd Shahar, bacaan kali kedua untuk RUU tersebut akan dibuat pada sesi mesyuarat kali ini.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility