Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Kemudahan bantuan dan pemulihan bersasar kepada PKS ditambah RM2 bln – Muhyiddin

Kemudahan bantuan dan pemulihan bersasar kepada PKS ditambah RM2 bln – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, Mei 31 – Bagi menyokong lagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bank Negara Malaysia (BNM) akan menambah fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar kepada PKS yang terjejas sebanyak RM2 bilion, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Oleh itu, katanya, berkata jumlah dana pinjaman untuk PKS dengan kadar pinjaman serendah 3.5 peratus yang masih tersedia adalah sebanyak RM7 bilion.

“Bagi membantu aliran tunai syarikat dan PKS, institusi perbankan akan terus menawarkan kemudahan pembiayaan dan pinjaman. Dana institusi perbankan telah dimantapkan lagi melalui pelbagai fasiliti pinjaman mudah PKS pembiayaan BNM yang masih berbaki RM5 bilion,” katanya semasa mengumumkan pakej bantuan PEMERKASA Plus bernilai RM40 billion, malam ini.

Muhyiddin berkata, kadar pemberian Geran Khas Prihatin (GKP) akan ditambah sebanyak RM500 kepada RM1,500 untuk memastikan kelangsungan perniagaan, khususnya kepada PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka.

Ini bermakna hampir sejuta PKS dan perusahaan mikro akan menerima RM1,000 pada pertengahan bulan Jun dan RM500 lagi akan disalurkan pada bulan Julai, katanya.

“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan kerajaan masih membenarkan operasi jual-beli peniaga kecil, penjaja jalanan dan termasuk perusahaan mikro. Oleh itu, sekiranya peniaga ingin mendapatkan pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak RM1.5 bilion disediakan bagi sepanjang tahun ini.

“Modal tersebut disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), TEKUN Nasional, Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Corp dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dengan kadar pembiayaan serendah tiga peratus,” katanya.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility