Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Kerajaan peruntuk RM1.1 bilion dana tambahan pembiayaan mikrokredit – PM Muhyiddin

Kerajaan peruntuk RM1.1 bilion dana tambahan pembiayaan mikrokredit – PM Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Kerajaan akan meneruskan program pembiayaan mikrokredit dengan tambahan dana sehingga RM1.1 bilion untuk terus menyokong perniagaan mikro, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pembiayaan mudah itu akan disediakan oleh AgroBank dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN), masing-masing berjumlah RM500 juta manakala Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) sebanyak RM100 juta.

“Ini bermakna, termasuk peruntukan sedia ada untuk 2021 sebanyak RM3 bilion dana mikrokredit masih tersedia untuk usahawan mikro,” katanya semasa mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Selain itu, Muhyiddin turut mengumumkan institusi koperasi akan dibantu menerusi peruntukan RM20 juta bagi program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi.

Program itu adalah bertujuan untuk membolehkan usahawan menjalankan aktiviti ekonomi secara berkumpulan melalui koperasi, termasuk memasarkan produk melalui platform dalam talian serta menggalakkan pembelian barangan di kedai koperasi, katanya.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata bagi memudahkan lebih ramai rakyat mendapatkan perkhidmatan perbankan, kerajaan akan menawarkan peruntukan sebanyak RM18 juta untuk bank tempatan menyediakan kira-kira 30 unit Bank Bergerak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, yang bakal merangkumi 250 kawasan dan mukim di luar bandar.

Perkhidmatan Bank Bergerak itu telah dilancarkan pada bulan ini di Sarawak dan BSN akan memulakan kemudahan tersebut di Sabah pada Julai.

“Melalui inisiatif ini, saudara dan saudari boleh mengakses pelbagai perkhidmatan perbankan termasuk pembukaan akaun; penyimpanan, pengeluaran dan pemindahan wang; pembayaran bil serta perbankan digital,” tambahnya.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility