Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Kerajaan Salur RM122.7 Bilion Melalui Pelbagai Inisiatif dan Bayaran One-Off Di Bawah Pakej PRIHATIN -- Tengku Zafrul

Kerajaan Salur RM122.7 Bilion Melalui Pelbagai Inisiatif dan Bayaran One-Off Di Bawah Pakej PRIHATIN -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kerajaan telah menyalur dan membuat pembayaran berjumlah RM122.7 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sehingga 25 September, 2020, bagi menangani kesan daripada penularan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata tahap pencapaian pelaksanaan pakej itu melibatkan pemberian tunai secara one-off (sekali) berjumlah RM14.7 bilion iaitu pada kadar 94 peratus.

Pemberian tunai ini termasuklah bantuan kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi, Bantuan Prihatin Nasional, Bantuan Sara Hidup, pemandu e-hailing dan teksi, pesara kerajaan, dan lain-lain.

Beliau berkata, inisiatif yang melibatkan pelaksanaan jangka masa antara 3 hingga 6 bulan pula seperti diskaun bil elektrik, subsidi upah, moratorium, e-CAP KSWP dan lain-lain telah mencecah tahap 85 peratus dengan jumlah sebanyak RM108 bilion.

“Melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), kerajaan akan terus memantau pelaksanaan kesemua pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan dan bekerjasama rapat dengan agensi pelaksana dalam memastikan bantuan sampai dengan cepat dan efektif, termasuk pakej KITA PRIHATIN yang diumumkan baru-baru ini,” katanya dalam Laporan LAKSANA ke-24 yang dikeluarkan hari ini.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility