Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

KWSP sambung semula perkhidmatan di cawangan tertentu mulai 6 Mei – Tengku Zafrul

KWSP sambung semula perkhidmatan di cawangan tertentu mulai 6 Mei – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyambung semula perkhidmatannya di cawangan tertentu mulai 6 Mei untuk memudahcarakan urusan ahli-ahli yang memerlukannya, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, temu janji boleh dibuat melalui melalui laman web www.kwsp.gov.my bermula hari ini, 5 Mei.

Sementara itu mengenai program i-Lestari KWSP, sehingga 3 Mei, 2020, lebih 3.5 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion telah diluluskan.


“Bayaran yang diluluskan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula semalam, 4 Mei sehingga 18 Mei, 2020,” katanya semasa membentangkan Laporan Laksana Keempat Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, sehingga hujung April, pengurangan caruman pekerja daripada 11 peratus kepada 7 peratus yang diterima oleh ahli KWSP dianggarkan sebanyak RM977 juta sebulan.

“Adalah diharap jumlah ini dapat sedikit sebanyak membantu aliran tunai buat ahli-ahli KWSP yang memerlukan,” katanya.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility