Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Pasaran Harta Tanah Catat 187,320 Transaksi Bernilai RM105.12 Bilion Pada Separuh Pertama 2026 - Amir Hamzah

Pasaran Harta Tanah Catat 187,320 Transaksi Bernilai RM105.12 Bilion Pada Separuh Pertama 2026 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pasaran harta tanah kekal berdaya tahan dengan 187,320 transaksi bernilai RM105.12 bilion pada separuh pertama 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk SeriAmir Hamzah Azizan.

Beliau berkata prestasi baik itu adalah selaras dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh dengan Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) meningkat 6.0 peratus pada suku kedua.

“Meskipun terdapat sedikit pelarasan marginal, pasaran harta tanah kekal teguh hasil daripada aktiviti transaksi dan pergerakan harga yang stabil serta aktiviti pembinaan yang aktif.

“Kestabilan ini dipengaruhi oleh dasar monetari negara apabila Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada paras 2.75 peratus,sekali gus memberi keyakinan kepada pembiaya dan pembeli,”katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2026 di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 27,832 unit kediaman baharu telah dilancarkan ke pasaran pada separuh pertama 2026, dengan prestasi jualan 16.6 peratus.

Amir Hamzah berkata Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) berada pada paras 234.7 mata dengan purata harga rumah RM506,317 seunit, merekodkan pertumbuhan tahunan marginal sebanyak 0.9 peratus.

Pada masa yang sama, katanya pasaran harta tanah komersial turut menyokong ketahanan ekonomi makro apabila kadar penghunian purata keseluruhan pejabat binaan khas bagi swasta dan kerajaan meningkat kepada 78.5 peratus pada separuh pertama 2026 berbanding 77.8 peratus pada separuh pertama 2025.

“Segmen harta tanah industri juga berkembang sebanyak 3.8peratus dengan mencatatkan sebanyak 3,932 transaksi bernilaiRM14.78 bilion.

“Perkembangan ini selaras dengan pertumbuhan rancak sektorperkilangan negara yang berkembang sebanyak 7.3 peratus padasuku kedua 2026,” katanya.

Sepanjang separuh pertama 2026, subsektor kediaman telahmendominasi 59.3 peratus daripada keseluruhan bilangan transaksidengan mencatatkan 110,998 transaksi.

Dari segi nilai, subsektor kediaman menyumbang bahagian terbesar,iaitu 44.8 peratus daripada keseluruhan nilai transaksi pasaran hartatanah berjumlah RM47.11 bilion.

Di sebalik ketahanan pasaran itu, Amir Hamzah berkata sebanyak33,094 unit kediaman siap belum terjual direkodkan dengan nilaikeseluruhan RM17.78 bilion berbanding 30,471 unit bernilai RM17.73bilion pada separuh pertama 2025. Mengenai anggaran sektor harta tanah bagi separuh kedua 2026,katanya momentum positif dalam pasaran buruh, termasuk kadarpengangguran yang rendah dan peningkatan gaji dijangka terusmenyokong permintaan dalam sektor hartanah negara bagi separuhkedua 2026.

Katanya langkah kerajaan dalam menangani kos sara hidup,termasuk pelaksanaan dasar gaji minimum dan inisiatif bantuanbersasar turut membantu meningkatkan pendapatan boleh gunarakyat, sekali gus mengukuhkan keyakinan pembeli rumah.

Arkib Petikan Akhbar