Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Petronas Dijangka Kekal Komited Bayar Dividen RM32 Bilion Tahun Ini - Amir Hamzah

Petronas Dijangka Kekal Komited Bayar Dividen RM32 Bilion Tahun Ini - Amir Hamzah

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Tahun 2024 di Dewan Jubli INSPEN hari ini. Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad, --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

 

KAJANG, 26 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dijangka kekal komited membayar dividen berjumlah RM32 bilion kepada kerajaan pada tahun ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Beliau berkata tiada pengurangan pembayaran dividen Petronas kepada kerajaan untuk tahun ini. 

"Saya fikir komitmen daripada Petronas masih pada tahap RM32 bilion dan akan dibayar untuk tahun ini.

"Tetapi, seperti mana perniagaan yang lain, bila ada kenaikan atau penurunan, apa sahaja kapasiti kewangan yang ada, kita tengok pada tahun depan kerana dividen adalah berdasarkan prestasi tahun lalu (sebelumnya)," katanya selepas Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Tanah Tahun 2024, di sini, hari ini. 

Ditanya mengenai cadangan jumlah dividen bagi tahun depan, Amir Hamzah berkata ia bergantung pada prestasi Petronas.

"Kita tengok bagaimana prestasi kewangan Petronas dan pasaran minyak," katanya.

Keuntungan bersih Petronas susut 32 peratus kepada RM55.1 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, daripada RM80.7 bilion pada tahun kewangan 2023.

Hasil pada  tahun kewangan 2024 merosot sebanyak 7.0 peratus kepada RM320 bilion daripada RM343.6 bilion pada tahun sebelumnya disebabkan oleh purata harga direalisasi yang lebih rendah, walaupun diimbangi oleh volum jualan yang lebih tinggi.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility