Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

PM Anwar Meriahkan Sambutan Aidilfitri MOF

PM Anwar Meriahkan Sambutan Aidilfitri MOF

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri warga Kementerian Kewangan (MOF) di bangunan kementerian itu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba kira-kira 3 petang di pekarangan Kementerian Kewangan dan meluangkan masa sejam 20 minit pada majlis berkenaan.

Turut hadir Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Anwar turut menyantuni warga kerja MOF serta agensi di bawahnya yang hadir pada sambutan Aidilfitri itu sebelum meninggalkan majlis.

Kira-kira 5,000 petugas kementerian serta tetamu disajikan dengan pelbagai juadah raya antaranya lemang, ketupat, mi kari, sotong bakar dan cendol.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility