Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Rayuan BPN boleh kemukakan dokumen sokongan membuktikan kehilangan kerja

Rayuan BPN boleh kemukakan dokumen sokongan membuktikan kehilangan kerja

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh membuat rayuan untuk pertimbangan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Dalam satu kenyataan hari ini, LHDN berkata rayuan boleh dibuat melalui e-mel kepada LHDN (Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu JavaScript diaktifkan untuk melihatnya.) atau hadir di mana-mana pejabat LHDN.

“Bagi permohonan yang ditolak atas alasan lain, termasuk pemohon/pasangan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan Suruhan Syarikat Malaysia (SSM), pemohon juga boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini,” katanya.

Menurut LHDN, antara sebab utama permohonan ditolak adalah kerana pemohon mempunyai pendapatan yang melebihi syarat BPN.

Pelbagai sebab lain termasuk tidak mematuhi syarat tertentu seperti kelayakan umur, status pelajar sepenuh masa dan lain-lain, katanya.

“Contohnya, terdapat 240,465 permohonan diterima daripada pelajar sepenuh masa sedangkan mereka tidak layak mendapat BPN, kerana telah layak mendapat RM200 menerusi bantuan pelajar institusi pengajian tinggi secara sekali sahaja.

“Kerajaan juga menerima aduan antara permohonan yang ditolak adalah daripada pemohon yang telah kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan yang ketara baru-baru ini,” katanya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semasa menyampaikan perutusan khas hari ini, berkata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei, 2020.

Bersetuju dengan pengumuman Perdana Menteri hari ini, LHDN berkata pejabat LHDN akan dibuka bermula 11 Mei 2020, atau 12 Mei 2020 (berdasarkan hari bekerja di setiap negeri) bagi menerima rayuan tersebut.

“Rayuan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi memastikan mereka yang menepati syarat BPN akan menerima bantuan tersebut,” katanya.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility