Pilih bahasa anda
CYBERJAYA, 1 Mac (Bernama) – Sambutan Hari Hasil ke-25 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana norma baharu pada hari ini di mana buat julung-julung kalinya sambutan ini dilakukan secara dalam talian.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia dan YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) serta turut disaksikan oleh Hasilian dan orang ramai di seluruh negara.