Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Tiga beradik cacat penglihatan gembira terima kunjungan Menteri Kewangan

Tiga beradik cacat penglihatan gembira terima kunjungan Menteri Kewangan

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kanan) beramah mesra bersama adik-beradik Orang Kurang Upaya (OKU) buta penglihatan yang tinggal serumah sejak kecil iaitu Halijah Ibrahim, 80, (dua, kanan), Che Zainah Ibrahim, 69, (tengah) dan Che Manai Ibrahim, 74, (dua, kiri) pada Program Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Peduli anjuran Kementerian Kewangan Malaysia dan YADIM di Kampung Titi Besi hari ini. – fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA


ARAU, 20 Mac – Tiga adik beradik cacat penglihatan yang tinggal serumah di Kampung Titi Besi dekat sini meluahkan rasa gembira dan teruja hari ini, kerana menerima kunjungan istimewa daripada Menteri Kewangan Malaysia (MOF) Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Dalam kunjungan itu Tengku Zafrul menyerahkan cek bernilai RM10,000 sebagai sumbangan projek baik pulih keluarga asnaf Is'ad al Usrah dalam misi prihatin bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Adik bongsu dari tiga beradik itu Che Zainah Ibrahim, 69, berkata beliau rasa bersyukur kerana ada pihak sudi membantu untuk meringankan beban mereka.

Ketiga-tiga beradik yang tinggal serumah sejak kecil itu Halijah Ibrahim, 80, yang mesra disapa Mak Andak, Che Manai Ibrahim, 74, (Makcik) dan Che Zainah Ibrahim, 69, (Maksu) mengakui mereka merasa bahagia hidup bersama, sepakat melakukan kerja rumah dan mencari rezeki.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang ditemui di rumah mereka berkata sumbangan itu adalah bagi tujuan menambah baik rumah ketiga-tiga beradik itu.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility