Susulan perkembangan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 5% pada suku pertama 2022 (S1 2022), landasan pemulihan negara kekal kukuh dengan pelbagai indikator ekonomi terkini, terutamanya jumlah perdangan borong dan runcit yang terus meningkat. Ini mencerminkan perkembangan yang memberangsangkan, serta menunjukkan bahawa pertumbuhan KDNK pada suku kedua tahun ini (S2 2022) akan terus diperkukuhkan.
Dengan perkembangan terkini, negara bakal mencapai unjuran pertumbuhan 5.3 - 6.3% bagi tahun 2022, selari dengan unjuran IMF dan Bank Dunia, iaitu masing-masing sebanyak 5.75% dan 5.5%.
Data terkini bagi bulan Mei 2022 menunjukkan catatan jualan tertinggi bagi perdagangan borong dan runcit sejak tahun 2013, dengan jumlah RM129.8 bilion dan kadar pertumbuhan sebanyak 19.9% dari tahun-ke-tahun (April 2022: 15.2%). Ini menggambarkan pemulihan permintaan domestik yang terus mengukuh, di mana:
Secara keseluruhan, nilai perdagangan borong dan runcit yang telah dicapai semenjak Oktober 2021 (RM116.2 bilion) telah pun jauh melebihi nilai purata yang direkodkan semasa pra-pandemik (2018 – 2019) iaitu RM106.3 bilion.

Pelbagai indikator lain juga menunjukkan bahawa prestasi ekonomi dilihat beransur pulih dan mula mengembang. Ini termasuk indikator berikut bagi bulan Mei 2022:
Melangkah ke hadapan, dalam terus memperkukuhkan momentum pemulihan semasa dan bagi sepanjang tahun ini, Kementerian Kewangan sudahpun memulakan sesi libat urus dalam usaha menggubal langkah-langkah yang akan mengambil kira keperluan pelbagai pihak berkepentingan.
Bajet 2023 akan memberi penekanan terhadap aspek pembaharuan struktur dan pengukuhan daya tahan ekonomi. Bertemakan “Memperkukuh Pemulihan, Memudah Cara Pembaharuan Ke Arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia”, Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, perniagaan serta ekonomi.
YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan
9 Julai 2022