Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Bersama YB Menteri MEDAC, KPLB & KKMM

Bersama YB Menteri MEDAC, KPLB & KKMM

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah meneruskan sesi libat urus dan perbincangan yang produktif secara maya bersama YB Dato Sri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi mendapatkan input dalam merangka inisiatif-inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dalam perbincangan tersebut, YB-YB Menteri telah menekankan beberapa isu penting seperti kelangsungan perniagaan PKS dan PKS mikro, kebajikan komuniti luar bandar serta keperluan kesalinghubungan antara rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kementerian Kewangan mengambil maklum mengenai isu-isu tersebut dan akan meneliti cadangan-cadangan yang dibentangkan oleh Kementerian dalam masa terdekat.

Apa yang penting bagi MOF adalah untuk menyokong Pelan Pemulihan Negara secara berterusan demi kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi.

Arkib Foto

Logo Accessibility