Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 12

Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 12

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mempengerusikan Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 12 bertempat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kuala Lumpur.

Forum kali ini menampilkan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II; YBhg. Dato’ Mohammad Faiz Azmi, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; dan Allen Ng, Pakar Industri dan Ketua Ahli Ekonomi ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO).

Perbincangan tertumpu kepada kedudukan Malaysia dalam arus baharu aliran modal global, termasuk usaha menukar pelaburan kepada keupayaan nasional, memperkukuh pasaran modal, meningkatkan daya saing syarikat tempatan serta memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati rakyat secara lebih meluas.

YAB Dato' Seri Anwar menegaskan bahawa momentum positif pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan pasaran modal perlu diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada rakyat bagi memperkukuh syarikat tempatan, meningkatkan kemahiran tenaga kerja, memperkasa PKS serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti.

Forum Ilmuwan Malaysia MADANI merupakan wadah percambahan fikiran antara Kerajaan, ilmuwan, sektor swasta dan penggubal dasar dalam meneliti isu-isu strategik negara secara terbuka, bernas dan membina.

Arkib Foto

Logo Accessibility