Pilih bahasa anda
Warga Kementerian Kewangan (MoF) bersama-sama menyemarakkan semangat gotong-royong menerusi Program Hari Cuci Malaysia 2026 yang berlangsung di Pekarangan Lobi Kompleks Kementerian Kewangan.
Program yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) ini menjadi platform untuk memupuk budaya kebersihan, kelestarian dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga Kementerian, jabatan serta agensi di bawah MoF.
Pelbagai aktiviti turut diadakan, antaranya senamrobik, gotong-royong serta pengumpulan bahan kitar semula termasuk e-waste, minyak masak terpakai dan barangan kitar semula.
Jom kita sama-sama jadikan kebersihan sebagai budaya, kelestarian sebagai tanggungjawab dan gotong-royong sebagai semangat bersama!