Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Inisiatif Bagi Individu Terjejas Akibat Bencana Banjir

Inisiatif Bagi Individu Terjejas Akibat Bencana Banjir

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa Kerajaan terus prihatin dengan nasib individu dan perniagaan yang terjejas akibat musibah banjir yang melanda negara.

Antara inisiatif khusus bagi individu yang terjejas adalah: ⠀

1) Penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran pinjaman untuk mangsa-mangsa banjir bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan. ⠀

2) RM100 juta disediakan oleh BSN untuk Pembiayaan Kewangan Peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000 dengan moratorium 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan. ⠀

Bagi peniaga PMKS yang terjejas pula, mereka dapat memanfaatkan:

1) RM30 juta oleh TEKUN untuk Pinjaman Pemulihan Banjir tanpa faedah sehingga RM10,000 bagi PKS mikro yang terkesan dengan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan. ⠀

2) Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (Disaster Relief Facility, DRF 2022) untuk PMKS terjejas dengan peruntukan dinaikkan daripada RM200 juta kepada RM500 juta. ⠀

Beliau berharap agar inisiatif-inisiatif sebegini dapat memulih semula kehidupan dan perniagaan mereka yang terjejas. Dengan berkat doa dan usaha #KeluargaMalaysia, kita akan berjaya mengharungi cabaran ini.

Arkib Foto

Logo Accessibility