Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Larian ASEAN: Trek Kewangan @MOF

Larian ASEAN: Trek Kewangan @MOF

Larian ASEAN: Trek Kewangan @MOF anjuran Kementerian Kewangan (MOF) telah diadakan di Dataran Wawasan, Presint 2, Putrajaya.

Larian ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga MOF dan orang awam mengenai ASEAN dari aspek penubuhan, peranan dan kepentingan pertubuhan ASEAN kepada Malaysia dan negara ahli serta aktiviti yang telah dan akan dijalankan sepanjang tahun 2025 terutamanya oleh MOF sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia melalui Trek Kewangan. 

Di samping itu, penganjuran larian ini dapat menyokong amalan hidup sihat terutamanya dalam kalangan warga kerja MOF.

Hampir 4,000 orang daripada kalangan warga MOF yang melibatkan jabatan dan agensi di bawahnya serta orang awam menyertai larian ini. 

Selain acara larian, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pameran maklumat berkaitan ASEAN oleh Kementerian Luar Negeri (KLN), perkhidmatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk derma darah, pemeriksaan kesihatan, mobile truck Wellness on Wheel (WoW), kaunter promosi berkaitan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), gerai jualan makanan dan minuman serta cabutan bertuah bagi para peserta.

Larian ini telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II. Turut hadir adalah YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBrs. Puan Nor Yati Ahmad, Akauntan Negara Malaysia, YBrs. Tuan Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif BSN, YBrs. Tuan Khairul Halimin Abdul Halim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hasil (Pengurusan) dan YBrs. Tuan Abu Bakar @ Salleh Haji Jambol, Setiausaha Kehormat Kelab Perbendaharaan.

#MyASEAN2025
#MyASEANChair2025
#ASEANMalaysia2025
#KepengerusianASEANMalaysia2025
#keterangkumandankemampanan
#inclusivityandsustainability
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility