Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Akademik MSU Ke Kementerian Kewangan

Lawatan Akademik MSU Ke Kementerian Kewangan

Kementerian Kewangan (MoF) telah menerima lawatan akademik daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional, Management and Science University (MSU) yang melibatkan seramai 32 peserta terdiri daripada pelajar dan pensyarah.

Lawatan dimulakan dengan dua sesi taklimat berkaitan makroekonomi yang disampaikan oleh YBrs. Puan Nur Amira Ismarau Tajuddin dan YBrs. Puan Nadian Rasali, masing-masing Penolong Setiausaha, Bahagian Fiskal dan Ekonomi (FED), MoF.

Kedua-dua sesi taklimat turut disusuli dengan sesi soal jawab interaktif yang membuka ruang kepada para pelajar untuk mengemukakan pertanyaan, bertukar pandangan serta memperluas pemahaman mengenai isu-isu makroekonomi negara.

Menariknya, sesi pembelajaran turut diserikan dengan aktiviti kuiz interaktif Kahoot! yang menguji pengetahuan para peserta mengenai ekonomi negara melalui pendekatan yang lebih santai, menyeronokkan dan berinformasi.

Lawatan ini bukan sahaja memberi pendedahan secara langsung mengenai peranan dan fungsi MoF, malah menjadi platform untuk merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dengan realiti pengurusan ekonomi dan kewangan negara.

MoF berharap agar pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh menerusi lawatan ini dapat menyemarakkan minat para pelajar untuk terus mendalami bidang ekonomi dan kewangan, sekali gus menyumbang kepada pembentukan generasi masa hadapan yang berilmu, berdaya saing dan berwawasan.

 

Arkib Foto