Pilih bahasa anda
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mengadakan lawatan kerja ke Stesen Rapid Transit System Link (RTS Link) Bukit Chagar dan Kompleks Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
Lawatan ini bertujuan meninjau kemudahan serta perkembangan infrastruktur dan operasi di kedua-dua lokasi, termasuk pelaksanaan projek RTS Link yang bakal memperkukuh jaringan pengangkutan dan hubungan antara Malaysia dengan Singapura.
Turut hadir YBhg. Datuk Mohd Zarif Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp dan YBrs. Ir Zulkifli Mohamed; Pengarah Projek RTS Link.