Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Kerja MoF Perkukuh Infrastuktur & Pembangunan Geopelancongan Langkawi

Lawatan Kerja MoF Perkukuh Infrastuktur & Pembangunan Geopelancongan Langkawi

YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan YBhg. Dato' Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) telah mengadakan lawatan kerja bagi meninjau kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan strategik di sekitar Langkawi.

Turut hadir YBhg. Datuk Seri Haji Iskandar Datuk Haji Mohd Kaus; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan YBrs. Puan Rozida Zainol Abidin; Timbalan Setiausaha Bahagian (Operasi), Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan.

Lawatan kerja ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh infrastruktur sokongan pelancongan, meningkatkan kemudahan awam serta membangunkan produk geopelancongan baharu bagi mempertingkat daya saing Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Antara projek utama yang menjadi tumpuan lawatan ialah Jeti Kilim, Pulau Anak Tikus/Gua Langsir, Kilim Karst Geoforest Park, Kota Mahsuri dan Dewan MIEC.

Lawatan ini turut memberi ruang kepada LADA untuk membentangkan status kemajuan projek, keperluan peruntukan serta cabaran pelaksanaan bagi memastikan setiap inisiatif pembangunan dapat direalisasikan secara terancang dan berkesan.

Pelaksanaan projek-projek ini bukan sahaja bertujuan mempertingkat kualiti kemudahan dan pengalaman pelancong, malah turut berpotensi merancakkan aktiviti ekonomi tempatan, membuka peluang keusahawanan serta memperkukuh kedudukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan yang mampan dan berdaya saing.

Arkib Foto