Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Teknikal Ke TNB Bukit Sidim Kulim Solar, Kedah

Lawatan Teknikal Ke TNB Bukit Sidim Kulim Solar, Kedah

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah meninjau TNB Bukit Sidim Kulim Solar (TBSKS), sebuah ladang solar berskala besar seluas 166.86 ekar dengan 63,840 panel solar dan kapasiti 45 MWp / 29.99 MWac.

Dibangunkan di bawah Corporate Green Power Programme (CGPP), projek ini membekalkan tenaga boleh baharu kepada pelanggan industri termasuk SanDisk dan WD Media, sekali gus memperkukuh bekalan tenaga hijau bagi menyokong pertumbuhan sektor bernilai tinggi seperti semikonduktor dan ekonomi digital.

Lawatan ini turut menonjolkan peranan TNB yang lebih luas dalam menjayakan aspirasi Ekonomi MADANI. Selain memastikan kebolehpercayaan grid, mempercepat penggunaan tenaga boleh baharu dan menyokong perjalanan Malaysia ke arah Net Zero 2050 serta kerjasama tenaga serantau seperti ASEAN Power Grid, sumbangan TNB juga merangkumi pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat. Ini termasuk komitmen menyahut seruan Gaji Kehidupan Wajar RM3,100, pelaburan berterusan dalam biasiswa dan pembangunan bakat melalui institusi seperti UNITEN dan ILSAS, serta usaha membuka peluang kepada usahawan dan komuniti yang memerlukan akses lebih luas kepada pendidikan dan pembangunan kemahiran.

Inilah keseimbangan yang ingin dicapai di bawah Ekonomi MADANI: menaikkan siling ekonomi melalui infrastruktur, tenaga dan pelaburan yang menyokong pertumbuhan negara, sambil menaikkan lantai rakyat melalui pekerjaan, gaji, kemahiran dan peluang yang lebih baik. Perjalanan ke arah peralihan tenaga dan kemakmuran yang lebih menyeluruh masih panjang, namun usaha yang sedang digerakkan menunjukkan momentum yang semakin kukuh.

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah turut merakamkan penghargaan kepada TNB atas sokongan berterusan terhadap agenda pembangunan negara serta peranannya dalam memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada manfaat yang lebih luas kepada rakyat.

Arkib Foto