Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Anugerah FI/DFI & PKS 2021

Majlis Anugerah FI/DFI & PKS 2021

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke majlis Anugerah FI/DFI & PKS 2021.

Majlis tersebut merupakan majlis yang cukup istimewa buat 31 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan Institusi-Institusi Kewangan dan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan yang terpilih bagi menerima Anugerah FI/DFI & PKS 2021 daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).

Anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf rakan-rakan kongsi industri CGC kerana menyokong perkembangan mereka sejak penubuhan sebagai penyedia jaminan tradisional sehingga menjadi rakan kongsi sepenuhnya kepada PMKS. Anugerah ini juga meraikan pelanggan PMKS CGC dengan rekod prestasi dan pengurusan kewangan yang baik dalam memajukan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato' Mohammed Hussein, Pengerusi CGC dan Datuk Zamree, Presiden/CEO CGC kerana sudi menjemput beliau buat tahun yang ketiga untuk menyampaikan anugerah yang beliau percaya akan terus memberikan inspirasi kepada peniaga-peniaga di luar sana.

Beliau juga telah melancarkan CGC100, iaitu sebuah program keusahawanan belia hasil kerjasama antara CGC dan Yayasan PINTAR dan disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia diwujudkan bagi menerapkan keusahawanan di kalangan belia dan menggalakkan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya.

Semoga program sebegini dapat mewujudkan lebih ramai usahawan yang mampu berdaya saing bagi merancakkan lagi ekonomi negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility