YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi dialog Belanjawan 2023 bersama jabatan-jabatan kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Putrajaya.
Beliau mengingatkan bahawa kita tidak boleh mempunyai sikap selesa terutamanya melibatkan aspek ekonomi yang merudum. Sebaliknya, harus segera mencari jalan dalam bidang-bidang baharu.
Ini kerana ekonomi masih dianggap malap. Ia juga berkait perkembangan geopolitik saat ini serta serangan COVID-19 yang belum menzahirkan kekuatan kepada ekonomi kita.
Antara sektor yang akan diberikan tumpuan adalah pendidikan, kesihatan, teknologi hijau, ekonomi digital dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Beliau juga menegaskan bahawa Belanjawan 2023 harus mengambil kira pendekatan yang realistik yang mencakup keadaan ekonomi semasa.
Sekiranya ada keperluan untuk membuat perubahan, beliau akan lakukan kerana mandat diberikan adalah mandat untuk melakukan perubahan.