Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran Polisi Pelaburan Lestari

Majlis Pelancaran Polisi Pelaburan Lestari

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Majlis Pelancaran Polisi Pelaburan Lestari (Sustainable Invesment Policy) yang dianjurkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pelancaran tersebut merupakan satu dasar yang mengutamakan pelaburan lestari dalam memastikan pulangan yang mampan dan beretika kepada pencarum.

Langkah sebegini juga adalah bagi memastikan KWSP mencapai dua komitmen dalam agenda kelestarian iaitu pematuhan ESG menjelang 2030 dan portfolio neutral iklim menjelang 2050. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah buat pihak KWSP.

Kerajaan sentiasa menyokong penuh langkah seperti ini dan berharap lebih banyak organisasi akan beralih ke langkah yang mengutamakan kelestarian dengan lebih cepat bagi menjamin kesejahteraan #KeluargaMalaysia.

Di bawah #Bajet2022, terdapat pelbagai inisiatif kelestarian seperti Pasaran Karbon Sukarela (Voluntary Carbon Market - VCM), geran padanan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menggunakan bahan mentah yang mampan dan tenaga boleh diperbaharui melalui Kemudahan Peralihan Rendah Karbon Bank Negara Malaysia dan penerbitan Sukuk Kelestarian dalam Ringgit Malaysia sehingga RM10 bilion.

Langkah-langkah sebegini akan menjamin kesejahteraan #KeluargaMalaysia sekarang dan di masa hadapan kelak, di samping memastikan kelestarian alam terus dipelihara.

Arkib Foto

Logo Accessibility