YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengiringi YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Semarak Niaga #KeluargaMalaysia di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Program Semarak Niaga dirangka agar komuniti usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 mampu untuk membina semula perniagaan dan terus berdaya saing.

Ketika majlis tersebut, pengiktirafan turut diberikan kepada institusi-institusi kewangan yang memberikan kemudahan kredit kepada golongan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi membantu mereka pulih dari pandemik COVID-19.

Selain itu, institusi-institusi kewangan yang aktif mempromosikan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap turut diiktiraf.

Majlis turut meraikan wakil-wakil PKS yang menerima pembiayaan bagi membina semula perniagaan mereka.

Senarai bantuan dan dana boleh didapati melalui Portal Manfaat Bajet 2022 di laman sesawang https://budget.mof.gov.my/manfaat/semarakniaga.html.