Sekitar Majlis Peluncuran Inisiatif Belanjawan 2026 bagi Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan ll.
Melalui Belanjawan 2026, had jaminan SJPP ditingkatkan kepada RM30 bilion bagi memperkasa akses pembiayaan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS), termasuk peruntukan RM10 bilion khusus sektor Bumiputera, manakala RM20 bilion di bawah SJKP disediakan untuk menyokong pemilikan rumah pertama.
Impak Utama:
Turut hadir adalah YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.sjpp.com.my dan www.sjkp.com.my.