Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

Mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan YBhg. Dato’ Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara.

Semasa sesi tersebut beliau telah membentangkan status ekonomi kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berkisar sekitar hasil-hasil awal pemulihan ekonomi dan pengumuman BNM baru-baru ini mengenai ramalan pertumbuhan KDNK Malaysia pada tahap 6.0 - 7.5%.

Terdapat banyak lagi inisiatif dari Belanjawan 2021, PERMAI dan PEMERKASA yang akan dilancarkan untuk memacu pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini. Sebilangan besar inisiatif disasarkan untuk membantu rakyat dan perniagaan sementara ekonomi dibuka semula. Misalnya, GKP 3.0 PKS mikro yang masih dibuka untuk permohonan. Kepada pemilik-pemilik perniagaan yang terlibat, jangan lupa mengunjungi https://gkp.hasil.gov.my/ dan memohon untuk mendapatkan bantuan RM1,000 anda.

Beliau juga telah menunaikan solat Jumaat di Istana Negara bersama KDYMM Tuanku. Menjunjung kasih KDYMM Tuanku atas nasihat dan keperihatinan Tuanku terhadap Rakyat jelata dan Negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility