YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mewakili Malaysia dalam mesyuarat ABAC (APEC Business Advisory Council) 2020 secara maya.
Turut bersama di mesyuarat tersebut adalah YBhg. Dato’ Rohana Tan Sri Mahmood, Pengerusi ABAC, serta Mr. Nobuhide Hayashi Pengerusi ABAC FEWG.
Mesyuarat tersebut dilihat sebagai platform untuk memberi hala tuju dan menggariskan pendekatan serta tanda komitmen untuk mempercepat pemulihan ekonomi di rantau ini.
Dengan topik yang memberi fokus ‘Mempercepat Pemulihan dan Merangka Semula Perkhidmatan Kewangan Dalam Menangani Pandemik’, sesi ini telah memberi input dalam mengatasi isu kewangan semasa seperti kekangan aliran tunai PKS dan PKS mikro, infrastruktur teknologi, dan kerjasama antara organisasi dalam menghadapi krisis seperti ini.





