Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) Ke-6

Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) Ke-6

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) Ke-6 yang telah dipengerusikan oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi MPN.

Topik utama bagi sesi tersebut ialah berkenaan kemunculan virus baharu Omicron yang sedang melanda dunia. Majlis berpandangan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia harus mempertingkatkan lagi kempen kesedaran ujian saringan COVID-19 kendiri dan mendapatkan suntikan dos penggalak, di samping memastikan kesiapsiagaan dan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam.

Selain itu, berdasarkan makluman Jawatankuasa Tindakan Khas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengenai isu aliran tunai dan pembiayaan PKS, ahli majlis berpandangan bahawa bantuan-bantuan kepada PKS perlu lebih bersasar dan mengutamakan sektor-sektor kritikal.

Mengenai isu kekurangan tenaga kerja pula, ahli majlis telah mengesyorkan agar pengambilan tenaga kerja asing diperluas kepada sektor selain daripada perladangan agar momentum pembukaan ekonomi dapat dicapai ke paras pra pandemik. Namun, turut disyorkan kepada Jawatankuasa Tindakan Khas PKS untuk mencari penyelesaian untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing bagi jangka masa panjang.

Bagi pihak Kementerian Kewangan, kerjasama dengan pelbagai pihak akan terus diperkuatkan lagi bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan #KeluargaMalaysia. Dengan usaha berterusan dan kerjasama rakyat dalam terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, kita semua akan mencapai kemenangan dan selamat dari belenggu COVID-19.

Arkib Foto

Logo Accessibility