Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Tahunan SGATAR 2022 Ke-51

Mesyuarat Tahunan SGATAR 2022 Ke-51

Kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi M40 serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Oleh itu, di dalam Bajet 2023, Kerajaan telah mencadangkan 60 langkah cukai termasuk pemotongan cukai untuk golongan M40 dan Perusahaan Kecil dan Sederhana, serta pelepasan tambahan untuk sektor pelancongan yang semakin pulih.

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Tahunan ke-51 Kumpulan Kajian Mengenai Pentadbiran dan Penyelidikan Cukai Asia-Pasifik (SGATAR) 2022.

Beliau juga berkesempatan menekankan dalam sesi tersebut bahawa dasar dan strategi percukaian sangat penting dalam menggalakkan sektor perniagaan untuk menerima dan melaksanakan dasar alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Ini adalah bagi menyokong komitmen negara dalam mencapai Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan yang merangkumi keutamaan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030, selain mencapai neutraliti karbon menjelang 2050.

Oleh itu, pentadbiran cukai memikul tanggungjawab yang besar untuk memastikan kedudukan kewangan sesebuah negara adalah mencukupi untuk membiayai perbelanjaan yang dirancang oleh Kerajaan.

Arkib Foto

Logo Accessibility