Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Pelancaran Program JanaNiaga

Pelancaran Program JanaNiaga

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah melancarkan program JanaNiaga, yang merupakan program untuk membantu vendor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada Kerajaan dan Syarikat-syarikat yang Berkaitan Kerajaan (GLC) dan ini merupakan berita baik untuk vendor-vendor PKS yang selama ini risaukan aliran tunai mereka.

PKS merupakan komponen yang sangat penting dalam ekonomi Malaysia. PKS menyumbang lebih 38.9 peratus daripada keluaran dalam negeri kasar serta memberi peluang pekerjaan kepada lebih 7.3 juta pekerja di Malaysia, iaitu 48.4 peratus daripada jumlah pekerjaan dalam negara. PKS juga menyumbang sebanyak 17.9 peratus daripada nilai eksport negara.

Platform JanaNiaga akan memanfaatkan PKS yang mengalami masalah aliran tunai disebabkan tempoh pembayaran invois yang lama. Bantuan kepada PKS akan diberikan melalui pinjaman daripada institusi-institusi kewangan melalui platform JanaNiaga.

Bagi memastikan bantuan kepada PKS dapat diberikan secepat mungkin, peruntukan sebanyak RM300 juta telah disediakan oleh EXIM Bank untuk menggerakkan JanaNiaga. Jumlah ini dijangka akan mencecah RM1.2 billion dengan peruntukan tambahan daripada institusi-institusi kewangan yang akan menyertai JanaNiaga secara berfasa. Dengan purata tempoh invois selama 90 hari, jumlah ini bakal menyumbang sebanyak RM4.8 billion setahun kepada pencairan tunai PKS.

Platform JanaNiaga berterajukan pembiayaan invois daripada pembekal GLC menerusi portal digital. Dengan sokongan GLC, pembekal-pembekal PKS akan menikmati kadar pembiayaan serendah 3.5 peratus/tahun untuk margin pembiayaan sebanyak 100 peratus, jauh lebih rendah daripada pembiayaan yang boleh diperolehi pada kadar biasa.

Permohonan pembiayaan juga dibuat secara dalam talian, membolehkan setiap permohonan diluluskan dan disalurkan dalam tempoh 24 jam.

Beliau berharap PKS akan mengambil peluang sebegini untuk meningkatkan lagi produktiviti perniagaan dan menyumbang kepada ekonomi negara secara berterusan pada masa akan datang.

Arkib Foto

Logo Accessibility