Pilih bahasa anda
Kementerian Kewangan (MoF) melalui Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK), dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan dan Pemeriksaan Pergigian Putrajaya Sihat Sejahtera Peringkat MoF Tahun 2026 di Kompleks MoF.
Program ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada warga MoF dengan jumlah pendaftaran untuk saringan kesihatan seramai 156 orang manakala pemeriksaan pergigian melibatkan 120 orang.
Penganjuran program ini merupakan antara usaha berterusan dalam memupuk kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan pengesanan awal masalah kesihatan, di samping menyokong pelaksanaan inisiatif Program Sihat Sejahtera (PSS) yang melibatkan semua kementerian.
Semoga inisiatif ini terus menggalakkan warga MoF untuk mengutamakan kesihatan diri demi kesejahteraan dan produktiviti yang berterusan.