Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama Komuniti Perniagaan & PKS Bumiputera

Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama Komuniti Perniagaan & PKS Bumiputera

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi konsultasi bersama komuniti perniagaan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera.

Sepanjang sesi pertemuan, turut dibincangkan tentang beberapa aspek kelangsungan perniagaan dan meningkatkan daya saing perniagaan menjelang pembukaan ekonomi dan #Bajet2022.

Pemerkasaan dan pembangunan komuniti Bumiputera adalah amat penting bagi memastikan kesamarataan antara kaum dapat dicapai terutamanya dalam sudut ekonomi dan mata pencarian. Agenda ini terus menjadi agenda penting buat Kerajaan Malaysia. ⠀

Dengan sokongan berterusan Kerajaan dan kerjasama pelbagai pihak, komuniti Bumiputera akan terus diperkasa bagi merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama.